Konsert Gegar 5 Legenda! Di Istana Budaya

Otai-otai rock sekalian, jom ramai-ramai kita serbu Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 Februari depan untuk menyaksikan Konsert Gegar 5 Legenda!

Konsert Gegar 5 Legenda bakal menyaksikan gabungan lima artis rock di era 90an, iaitu Saleem (Iklim), Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa).

Lima Artis Rock 90-an Bergabung Bikin Konsert

Dari kiri Rahmat, Saleem, Aris Ariwatan dan Ali (belakang) menjanjikan persembahan luar biasa dalam ‘Konsert 5 Legenda’. Zamani, tiada dalam gambar- Mstar

Sambil tengok sambil mengimbau kenangan zaman rock kapak ni. Hehehe

Konsep konsert itu nanti akan mengangkat kenangan dan kegemilangan era rock balada yang pernah mengangkat nama mereka di kalangan peminat.

Ia bakal diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan akan dibahagi dalam dua segmen.

“Apa yang pasti hanya seleksi lagu terbaik akan dipilih untuk dipersembahkan kepada penonton dan pada masa ini kami masih lagi memilih lagu apakah yang akan dibawa mereka pada malam itu nanti.

“Susunan muzik juga akan diubah bagi disesuaikan dengan orkestra yang akan mengiringi mereka pada malam itu nanti,”

Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.

Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.

– Mstar

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • konsert 5 legenda (46)
  • konsert gegar 5 legenda (46)
  • tiket gegar vaganza (23)
  • konsert otai rock istana budaya (17)
  • konsert 5 lagenda (16)
Close