Keputusan Terkini Liga Perdana 7 Januari 2013

Hari ini akan bermulanya Liga Perdana 2013 dimana 12 pasukan dan kelab akan bersaing bagi merebut juara Liga Perdana 2013. Belalang tak pernah pula update keputusan untuk Liga Perdana sebelum ini. Tapi memandangkan pasukan kesayangan Belalang Kedah dah jatuh ke Liga Perdana, Jadi Belalang buat jugalah T_T

Lima perlawanan akan bermula pada sebelah petang dan hanya satu perlawanan sahaja yang akan berlangsung pada sebelah malam. Hal ini diputuskan oleh FAM kerana lampu dibeberapa stadium tidak menepati piawaian yang digariskan FIFA.

Liga Perdana 7 Jan 2013

Antara perlawanan yang akan berlangsung pada sebelah petang ialah Pahang UiTM vs Kedah, Sabah vs Kuala Lumpur SPA, Pos Malaysia vs Kuala Lumpur, Perlis vs Sarawak FA dan PDRM FA vs Betaria. Manaka perlawanan disebelah malam pula hanya membabitkan Johor FA vs Sime Darby.

Belalang akan kongsikan keputusan perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada hari ini sebaik sahaja rehat separuh masa pertama dan juga wisel penamat dibunyikan. Ikuti update di ==> facebook.com/blogsbt

Diharap peminat yang ingin mengikuti keputusan penuh perlawanan, datang kembali ke blog ini nanti. Jika ada mana-mana perlawanan yang dipancarkan secara live streaming, akan Belalang kongsikan kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close