Irwansyah & Isteri Ditangkap Berpesta Dadah

Irwansyah dan isteri Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah antara artis yang ditangkap oleh sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia ketika sedang berpesta dadah.

Mereka diberkas bersama-sama 13 yang lain di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. Serbuan dilakukan selepas BNN mendapat maklumat orang ramai.

Irwansyah Dan Isteri Antara Empat Artis Ditangkap Sedang Pesta Dadah

Irwansyah Dan Isteri

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.

– Dipetik dari BERNAMA

Facebook Comments
Close