iPhone 5S | 5 Produk Terbaru Apple Untuk 2013

Tahun 2012 menyaksikan syarikat gergasi Apple telah memperkenalkan dua tablet baru, notebook baru dan telefon baru. Menurut pengalalisis Gene Munster dan Douglas Clinton, untuk tahun 2013 ini, Apple kemungkinan akan melakukan sesuatu perubahan yang besar dalam barisan produk untuk 2014 dan seterusnya.

Walaupun kemungkinan Apple akan berhadapan dengan jualan yang lembab oleh produk-produk baru ini, mereka tetap cenderung untuk melakukannya dengan impian menjadi syarikat pertama terhadap produk sebegini.

Berikut adalah 5 kemungkinan produk Apple yang akan berada di pasaran bagi tahun 2013:

Apple Radio, Mac 2013

Apple Radio

Apple Radio

Apple Radio mula dikenalkan pada pengguna sekitar bulan Oktober lalu, kemungkinan pada tahun 2013 ini ia tidak mengejutkan penggemar Apple. Perkhidmatan radio bebas – yang kemungkinan besar akan menjadi sebahagian daripada iTunes dan menjadi saingan utama kepada Pandora. Sehari selepas Bloomberg News melaporkan tentang Apple Radio pada bulan Oktober, saham Pandora jatuh 12%. Penganalisis Piper percaya bahawa Apple Radio mungkinakan diumumkan bersama-sama dengan pelancaran produk lain dalam bulan Mac.

iPad mini with Retina Display, Mac 2013

iPad mini with Retina Display

iPad mini with Retina Display

Apple berjaya mencatat angka jualan lebih daripada 3 juta iPad paparan retina hanya pada hujung minggu dalam bulan Mac 2012. Menurut Digitimes 8 hingga 10 bilion iPad mini telah terjual hingga akhir tahun 2012. Menggabungkan kelebihan yang terdapat pada kedua-dua pdoruk ini, Apple berharap untuk mengekalkan tempat teratas pasaran tablet yang semakin meningkat

iOS 7, Jun 2013

iOS 7

iOS 7

Para penggemar Apple tidak berpuas hati apabila iOS6 yang dinaik taraf telah membuang YouTube dan Google Maps Application. Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook, telah memohon maaf atas perkara ini sekitar September lalu. iOS7 dilihat mampu mengangkat dan mengembalikan kekuatan Apple.

iPhone 5S, Jun 2013

iPhone 5S

iPhone 5S

Munster dan Clinton percaya 5S iPhone akan diperkenalkan sekitar bulan September, walaupun ada beberapa laporan lain menjangkakan tarikh pelancaran produk itu awal bulan Jun. iPhone 5 diperkenalkan pada September 2012, begitu juga iPhone 4S pada tahun 2011. Tanpa mengira tarikh, pengguna boleh mengharapkan kamera dikemaskini (seperti biasa) dan bateri yang tahan lebih lama. 5S akan kelihatan sama seperti iPhone 5 – saiz skrin yang sama, lebar yang sama – tetapi diperbaharui beberapa perkara di dalamnya. Apple menjual lebih 5 juta iPhone 5 peranti di hujung minggu pertama telefon pada bulan September.

Apple Television, November 2013

Apple Television

Apple Television

Ada yang mengatakan TV Apple ini tidak akan dipasarkan pada tahun ini. Munster dan Clinton meramalkan Apple TV akan bersaiz 42″ hingga 55″ dan kos antara $1500 dan $2000. Walaupun akan bersaing dengan jenama TV sediada seperti Samsung, Panasonis dan VIZIO yang harganya lebih rendah di bawah $1000 tetapi Apple tidak pernah menjauhkan diri daripada menawarkan kualiti tinggi pada kos yang tinggi.

Mungkin bagi penggemar-penggemar jenama Apple yang berada di Malaysia, berita ini sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Rasanya dah boleh congak-congak nak beli yang mana dan mula menabung dari sekarang? 😉

-Diterjemah kembali dari Yahoo! News

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • produk apple terbaru 2013 (19)
  • jenama apple (13)
Close