Insomnia | Info & Tip Tangani Gangguan Sukar Tidur Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harap yang sedang membaca di blog Belalang ini semuanya berada dalam keadaan sihat. Untuk Info kesihatan kali ini, Belalang akan kongsikan tentang penyakit Insomnia atau dalam bahasa melayunya penyakit tak boleh tidur malam.

Sebenarnya secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai penyakit memandangkan hampir setiap individu pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan.

insomnia penyakit sukar tidur malam

Insomnia ini berpunca daripada gangguan tidur di waktu malam. Punca insomnia boleh dibahagikan kepada beberapa sebab antaranya tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

Apabila tubuh badan tidak mendapat rehat yang cukup atau dipanggil tidur yang berkualiti, keesokkan harinya individu tersebut sudah semestinya akan kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Info-info yang kat atas tu baru mukhadimah pasal insomnia :). Ni yang bawah ni baru kita ikuti secara terperinci sikit tentang penyakit ini.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan – Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana – Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik – Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan – bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran – bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur – jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

Itu antara sebeb-sebab insomnia dan juga jenis-jenis insomnia yang perlu diketahui oleh orang yang sukar tidur malam. Bagaimana pula caranya untuk kita tangani insomnia ini?

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Atau cuba pula diamalkan membaca doa mudah tidur. Mudah-mudahan dimakbulkan-Nya

Doa mudah tidur malam

Sumber dari blog mystar-excellent.blogspot.com

Itu sahaja untuk perkongsian kesihatan kali ini. Sekiranya anda merasakan yang info ini berguna, sudilah kiranya untuk anda klik button FB share yang berada pada blog ini atau tweet.

Semoga ilmu ini dapat dikongsikan bersama-sama 🙂

 

– Sumber rujukan – ehomemakers.net

Incoming search terms:

  • doa mudah tidur (403)
  • doa senang tidur (167)
  • doa cepat tidur (129)
  • doa susah tidur malam rumi (98)
  • doa sukar tidur (80)
  • doa mudah tidur rumi (75)
  • doa mudah tidur malam (70)
  • doa untuk mudah tidur (67)
  • doa supaya cepat tidur (66)
  • doa susah tidur (63)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close