Himpunan Bakar Bible Bahasa Melayu Di Pulau Pinang?

Sejak kebelakangan ini panas betul negara kita dengan isu Bible bahasa melayu dan juga penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Terbaru tersebar berita kononnya akan ada himpunan bakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Tidak mahu hal ini semakin buruk, Polis Pulau Pinang tampil menyeru orang ramai supaya jangan percaya dengan khabar angin tersebut.

Jangan percaya ada perhimpunan bakar Bible

“Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat,” Jelas Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi kepada pemberita hari ini.

Diharap masyarakat kita yang semakin bijak hari ini dapat membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.

Facebook Comments
Close