Awas! Pembunuh Bersiri Kanak-kanak?

Benarkah dakwaan yang tersebar tentang pembunuh bersiri kanak-kanak? Dakwaan ini disebarkan oleh satu mesej teks selepas kehilangan kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong.

Namun begitu Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata pihak polis masih belum menerima secara rasmi laporan tentang mesej begitu dari orang awam.

Begitupun, pihak polis tidak menolak kemungkinan berkenaan namun siasatan lanjut perlu dilakukan bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

“Setakat ini kami belum menerima apa-apa laporan polis mengenai mesej sebegitu. Kami berharap mereka yang menerima mesej teks berkenaan akan tampil kepada polis,”

Sedikit perkongsian ringkas, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan kanak-kanak bernama William Yau Zhen Zhong.

William disahkan telah meninggal apabila ibu bapanya sendiri mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui sebagai anak mereka berdasarkan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi selain seluar dalam yang dipakainya.

Facebook Comments
Close