Gambar Unik | Gorila Berjalan Atas Tali

Seekor gorila di Zoo Lowland telah menunjukkan bakat yang luar biasa. Gorila yang diberi nama Kidogo ini telah menunjukkan beberapa gerakan akrobatik termasuk berjalan di atas tali (meniti atas tali).

Kidogo gorila dari Denmark telah dibawa ke zoo berkenaan dengan tujuan untuk dijadikan teman lelaki kepada dua gorila betina di sana Muna dan Oya.

Kidogo ketika sedang meniti di atas tali

Menurut Pengarah Perhubungan Awam Zoo itu yang bernama Schwinn, berita mengenai kebolehan luar biasa Kidogo mulai tersebar apabila seorang juru gambar professional berjaya merakam gambar gorila berusia 12 tahun itu sedang meniti di atas tali pertengahan Disember lalu. Semenjak itu Schwin tidak putus-putus menerima panggilan telefon dari media dan seluruh dunia.

Menurut Schwinn lagi, Kidogo sering melakukan beberapa helah lain menjadikan ia gorila yang unik. Malah, Kidogo pernah melompat turun dari ketinggian 4 meter (13 kaki) dan mendarat dengan selamat.

“Untuk gorila, tingkah laku Kidogo adalah benar-benar luar biasa,” kata Schwinn. “Anda tidak boleh mengatakan pada semua bahawa dia adalah haiwan biasa. Kami amat teruja mengenainya.”

– Diterjemah kembali dari ABCnews

Facebook Comments
Close