Gambar Sekitar Persandingan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan

Tahniah diucapkan kepada Ummi Hafilda dan Dr.Zaman Khan yang telah selamat melalui majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dianggarkan kehadiran tetamu sekitar 800 orang termasuk perdana menteri dan isteri yang hadir bagi meraikan hari bahagia pasangan ini.

gambar sekitar majlis perkahwinan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan

Pengantin lelaki yang mengenakan sut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh.

Pasangan ini mula terpaut antara satu sama lain ketika Ummi Hafilda berkunjung ke klinik Dr Zaman untuk mendapat suntikan Vitamin C.

gambar sekitar majlis perkahwinan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan

Tetamu ‘tercuit’ apabila Didie Alias dan Farouk Hussin yang bertindak sebagai pengacara majlis mengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah ‘menyuntik’ hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid.

gambar sekitar majlis perkahwinan Ummi Hafilda & Dr Zaman Khan

Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yang merupakan warga Pakistan kerana pandai mengambil hati orang tua terutama ibunya.

Mereka bernikah di Pakistan, minggu lalu.

Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan raya umum nanti.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • umi alfida (16)
  • perkahwinan umi halfida (10)

Comments are closed.

Close