Gambar Kereta Dinaiki Fauzi Saari (Pak Long) Terbakar | Seorang Maut

Bekas pemain pasukan Kedah yang kini telah berpindah ke Felda United selama dua musim, Ahmad Fauzi Saari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long dikhabarkan terlibat dalam kemalangan maut bersama seorang lagi rakannya. Kejadian berlaku di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Menurut beberapa sumber yang Belalang baca, Fauzi Saari dikatakan parah. Namun ada satu komen yang menyatakan Fauzi Saari hanya mengalami patah tangan. Berita sahih mengenai tahap kecederaan Fauzi Saari belum dapat dipastikan.

Ahmad Fauzi Saari @ Pak Long kemalangan

Ahmad Fauzi Saari @ Pak Long. Gambar dari Sinar Harian

Walau bagaimanapun, sahabat Fauzi Saari yang juga memandu kereta tersebut, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, meninggal ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

fauzi saari kemalangan

Gambar dari Sinar Harian

Kereta yang dipandu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui selekoh ke kanan. Ia kemudian merempuh penghadang jalan (lebuh raya) sebelum terbakar di bahu jalan (lebuh raya).

Fauzi saari kemalangan

Gambar dari Sinar Harian

Al-fatihah diucapkan kepada arwah Muhammad Khairul Adnan Zakaria. Semoga Pak Long akan segera sembuh.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • muhammad khairul adnan zakaria (15)
  • pak long kemalangan (10)
Close