Gambar BMW X3 xDrive20i | Siri Baru X3

KUMPULAN BMW Malaysia mengumumkan pengenalan siri baru model BMW X3 xDrive20i yang akan dipasang secara tempatan di kilangnya di Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Gerhard Pils berkata, pengenalan model terbaru tersebut merupakan model keempat yang telah diperkenalkan di kilang pemasangan itu, sekali gus meningkatkan komitmen dan pelaburan syarikat di pasaran Malaysia.

BMW perkenal siri baru X3

“Unit terbaru yang menjalani pemasangan tempatan adalah sama hebat dengan model lain yang diimport.

Malah, ia seterusnya akan membolehkan kita untuk mengoptimumkan bekalan kepada pelanggan di seluruh negara.

“Selain itu, ia juga memaksimumkan keupayaan kami untuk meningkatkan jumlah nilai pemilikan, masa menunggu untuk melengkapkan unit dan alat ganti untuk pelanggan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, BMW X3 telah mencipta satu medium untuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menggabungkan bentuk, fungsi dan gaya ke dalam satu pakej yang lebih dinamik.

Katanya lagi, sejak diperkenalkan pada Mac 2011, syarikat telah menyerahkan 312 unit BMW X3.

“Seperti semua siri baru BMW 3, siri terbaru BMW 5 dan BMW X1 kini sedang dipasang di Kulim, manakala BMW X3 baru ini juga akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan berterusan dan pertumbuhan kami di Malaysia,” katanya.

BMW X3 xDrive20i akan berada di 16 pengedar sah BMW seluruh negara bermula Sabtu ini pada harga runcit RM323,800 (di atas jalan, tanpa insurans, termasuk perkhidmatan BMW + membaik pulih).

– Sinar

Facebook Comments

Comments are closed.

Close