Gambar Anak Ifa Raziah Cedera Di Kepala Akibat Gaduh

Anak kepada penyanyi Ifa Raziah mengalami cedera di kepala setelah ditolak oleh kawan sekolahnya ketika mereka sedang berbual mengenai koleksi patung gusti. Kejadian berlaku di sekolah antarabangsa di Gombak, dekat sini, Jumaat.

Menurut seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.

Anak Ifa Raziah Cedera Gaduh Kerana 'Patung Gusti'

Beginilah keadaan dahi Aqili yang luka akibat terkena besi tajam

“Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.

“Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusi yang dimilikinya.

“Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri,”

Akibat Kejadian itu Muhammad Shakir Aqili terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan.

Muhammad Shakir Aqili, juga terpaksa di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal (KPJ TSH) dekat sini untuk menjalani imbasan kerana dikhuatiri terdapat gegaran otak.

Ifa juga mengakui yang ibu bapa pelajar tersebut belum menghubunginya untuk memohon maaf.

“Pelik juga, sepatutnya ibu bapa budak itu perlu meminta maaf kepada saya dan suami, tetapi sehingga sekarang mereka tidak menghubungi kami pun. Sedangkan mereka telah diberitahu oleh pihak sekolah,”

Ifa yang turut bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu akan membuat laporan polis pada Sabtu.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • suami ifa raziah (15)

Comments are closed.

Close