Eira Syazira & Azad Jazmin Timang Cahaya Mata Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Eira Syazira dan Azad Jazmin dah selamat menimang cahaya mata pagi tadi.

Azad yang juga pengacara Mimpi Ke Bintang, telah berkongsi berita gembira itu melalui akaun twitter miliknya.

Eira Syazira dan Azad Jazmin dapat anak perempuan

Azad Jazmin dan Eira Syazira. Gambar dari Sinar

“Alhamdulillah, isteri tercinta Eira Syzira telah selamat melahirkan anak perempuan… masa kelahiran: 8.50 lagi. Tarikh lahir: 11 Januari 2013. Amin. Saya seorang ayah sekarang,”

Azad juga menambah-

“Bulu mata anak aku ini, panjang berjela. Macam bapa macam anak,”

Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka berdua.

Facebook Comments
Close