Bagaimana Blog Boleh Jadi Mesin Wang?

Dah baca entry Belalang sebelum ini tentang 3 teknik buat duit di internet? Kalau belum, sudi-sudilah baca ertry tersebut kerana mungkin ada sesuatu perkara yang bermanfaat boleh anda perolehi sebelum kita belajar lebih jauh untuk buat duit online ni. Baca sini ==> 3 Teknik Sebenar Jana Pendapatan Di Internet <==

Seperti yang Belalang janjikan, kali ini Belalang akan cerita lebih lanjut tentang buat duit melalui blog. Tapi sebelum tu Belalang nak kongsikan satu gambar dengan anda semua-

Pendapatan Dari Blog | Duit Blog

Diambil dari perkongsian seorang rakan blogger

 

Print screen di atas menunjukkan pendapatan salah satu blog di Malaysia ini sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos 2012. Banyakkan? kayalah tuan blog tu kalau tiap-tiap bulan masuk RM20 ribu.

Tapi untuk mencapai jumlah macam dalam gambar tu bukanlah sesuatu yang mudah. Disini Belalang hanya akan berkongsikan cara dan teknik untuk anda mendapatkan sedikit pendapatan dengan blog.

1. Jual Produk

Sekiranya anda mempunyai produk tak kiralah sendiri atau hanya sebagai orang tengah, jangan malu-malu untuk mengiklankannya di blog. Jadikan blog sebagai kedai 24 jam anda. Tapi sekiranya anda tiada atau tidak mahu jual produk, buat macam bawah ni.

2. Cari Pengiklan

Kebanyakkan blogger lebih suka guna cara ini. Anda boleh mendaftar blog anda dengan beberapa syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity, churpchurp dan Says.com.

Selepas daftar dengan syarikat-syarikat ini, anda akan diberikan kod HTML yang perlu anda masukkan pada blog anda, dan selepas itu di blog anda akan mempunyai iklan seperti di bahagian atas, sidebar dan bawah blog Belalang ini.

Anda akan menerima bayaran sekiranya ada pengunjung blog yang klik pada iklan-iklan tersebut. Ada juga sesetangah iklan yang muncul tidak memerlukan klik tapi ia di kira dari jumlah unik pengunjung blog anda.

Ok, sekarang kita tengok macam mana pula nak dapatkan pengujung ke blog. Dalam dunia blog, pengunjung disebut sebagai traffic atau visitor. Tak guna jika ada blog, ada produk dan iklan tapi tiada traffic. Logiknya, jika lagi banyak traffic yang diterima, tentulah peratusan untuk menjana pendapatan lebih tinggi bukan?

Dua cara yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan traffic-

1. Blogwalking

Dalam dunia blog, kunjung-mengunjung antara blog sangatlah banyak kebaikkannya. Kita panggil cara itu dengan istilah blogwalking. Cuba bina satu network dengan rakan-rakan blogger yang lain. Anda kunjungi blog mereka dan meninggalkan komen, dan kawan blogger tersebut akan lakukan perkara yang sama pada anda. Jika anda perlukan senarai blog-blog untuk dilawati, sila ke sini ==> Bloglist <==

2. Ping Entry

Anda juga digalakkan untuk ping entry-entry yang anda tulis pada laman-laman web seperti busuk.org, ohbelog.com, gilaping.com dan lain-lain website yang menyediakan kemudahan untuk ping Tujuan ping entry adalah supaya orang tahu yang anda anda menulis sesuatu artikel atau entry baru di blog. Dengan cara ini pengunjung akan lebih mudah menjumpai tajuk tulisan anda, seterunya terus datang ke blog.

BONUS sedikit untuk anda, sekiranya anda masih teragak-agak nak mula ceburi dunia blog, apa kata anda cuba register dengan pengiklan ini ==> Churpchurp <==

Kelebihan menjadi ahli churpchurp adalah anda boleh kongsikan kempen-kempen yang mereka jalankan pada Facebook atau Twitter. Dengan itu tidak perlu tunggu mempunyi blog dahulu, ada Facebook dan Twitter pun anda dah boleh start buat duit.

Belalang stop setakat ini dahulu. Jika terdapat sebarang masalah atau tak faham mana-mana bahagian, jangan segan-segan untuk bertanya ya 🙂

Close