Bayi Enam Bulan & Ibu Saudara Maut | Kemalangan Motosikal & Lori Tangki

Seorang bayi dan juga ibu saudaranya maut dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal merempuh lori tangki di Jalan Pinggiran Senawang, Taman Pinggiran Senawang, di sini, semalam.

Mangsa Nur Harryna Balqis Abdullah, enam bulan, dan ibu saudaranya Nor Sham Sila Yanti Hudsaini, 24, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut

Nur Baiyah mendukung mayat anak saudaranya manakala Nor Shamsiah (kanan) kelihatan sugul melihat mayat adiknya ketika dalam van polis. Gambar dari Sinar Harian

Menurut pihak polis, motosikal jenis Honda EX5 itu ditunggang adik mangsa, Nur Baiyah, 20, manakala mangsa membonceng sambil memangku anak saudaranya.

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk ke sebuah klinik di Rantau.

“Sejurus tiba di persimpangan jalan berkenaan, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari simpang hadapan secara melulu membelok ke kanan jalan.

“Tindakan lori berkenaan menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kiri belakang lori. Rempuhan itu menyebabkan mangsa bersama bayi yang dipangkunya tercampak ke atas jalan dan maut serta-merta di tempat kejadian,”

bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Semenyih ke Melaka, namun singgah sebentar di kilang syarikat berkenaan di Taman Pinggiran Senawang untuk mengambil barang.

“Pemandu lori, seorang lelaki berusia 44 tahun yang menghilangkan diri sejurus kemalangan bagaimanapun telah tampil di Balai Polis Senawang membuat laporan polis,” katanya.

Ibu bayi berkenaan, Nor Shamsiah Hudsaini, 30-an, berkata, dia bergegas ke klinik berkenaan sebaik menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anak dan dua adiknya terlibat dalam kemalangan.

“Ketika itu saya sedang bekerja dan berkejar ke klinik.

Tiba sahaja di klinik, saya dimaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia,” katanya yang masih bersedih dengan kejadian yang berlaku.

– Sinar

Facebook Comments
Close