Baru Empat Hari Tayangan | Juvana Kutip RM1.7 Juta

Walaupun tayangannya baru memasuki hari keempat, filem Juvana yang juga sambungan daripada drama bersiri TV3 berjaya mengutip sekitar RM1.7 juta!

Hal ini boleh dikatakan sesuatu yang membanggakan juga memandangkan sebelum ini berlaku kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.

kutipan filem juvana

Sharnaaz menerusi watak Lan Todak berjaya membawa watak antagonis tersebut dengan cukup baik dan berkesan

Memetik kata daripada penerbitnya, Kabir Bhatia, dalam laman Mstar Online, sekiranya sambutan terhadap filem ini menggalakkan, kemungkinan pada masa akan datang filem ini ada sekuelnya.

“Ramai yang bertanya tentang sambungannya ini selepas menonton di pawagam dan bagi kami segala-galahnya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu.

“Sekiranya sambutannya bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton,”

“Lakonan mantap barisan pelakon juga mendapat pujian daripada penonton sehinggakan ada yang begitu teruja dengan menontonnya di pawagam sebanyak tiga kali.

“Terdapat permintaan daripada penonton yang mahukan filem ini disambung lagi,” kata Kabir.

Filem genre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah akhlak baru selepas seokolah Wira Bakti ditutup.

Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya.

Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kutipan juvana the movie (10)

Comments are closed.

Close