ATM Juara Piala Sumbangsih 2013

Tahniah kepada pasukan ATM yang telah berjaya muncul sebagai juara Piala Sumbangsih 2013 sebentar tadi dengan mengalahkan Kelantan 4-3 menerusi penentuan Penalti.

Sebelum itu kedua-dua pasukan telah terikat dengan jaringan 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

gambar dari facebook info dan ranking bola sepak (official)

Bagi Belalang, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang seimbang. Kedua-duanya mempunyai beberapa peluang yang menarik dan mampu meghasilkan gol.

Rasanya gol dari pemain ATM Irwan Fadzly Idrus menerusi satu tendangan percuma adalah gol yang sangat cantik dan terbaik!

Manakala tendangan penalti dua kali yang diambil oleh pemain Kelantan (lupa la nama) namun dua-dua tendangan tak gol, tentu akan menjadi bualan penyokong-penyokong Kelantan untuk dua tiga menjak ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close