Anugerah Juara Lagu 27 | Aizat Muncul Juara Menerusi Lagu Terukir Di Bintang

Siapa sangka Aizat yang menggantikan Yuna menyampaikan lagu Terukir Di Bintang akan muncul sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27)

Lagu hasil gubahan Yuna sendiri ini telah dinyanyikan oleh Aizat dengan style nya yang tersendiri. Sememangnya sangat sedap vokal dan lenggok Aizat.

senarai pemenang AJL27

Belalang sewaktu menyaksikan semua persembahan finalis sebentar tadi, memang merasakan yang Aizat layak untuk menang dan ianya menjadi kebenaran!

Keputusan-keputusan lain bagi final AJL27 ini seperti berikut-

Juara AJL27 – Aizat, lagu Terukir Di Bintang, Komposer Yunaz

Naib Juara – Azlan & The Typewriter, Lagu Idola, Komposer Audy Mok

Tempat Ketiga – Hafiz, Lagu Ku Akui, Komposer Ajai

Vokal Terbaik – Hafiz, Lagu Ku Akui

Persembahan Terbaik – Black & RJ, Lagu Teman Pengganti

Tahniah Belalang ucapkan kepada semua pemenang 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close