Akhirnya Adik Tiri Jamin Zarina Anjoulie

Nasib baik ada adik tiri yang sanggup ikat jamin pelakon Zarina Anjoulie untuk bebas selepas bermalam dua hari di Penjara Kajang. Jika tidak lama lagi la melepak dalam sana.

Menurut sumber dari Bernama, Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi memakai baju-T dan cermin mata hitam.

Pelakon Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Adik Tiri

Pelakon Zarina Anjoulie

Sebagai info, Zarina dan seorang kawan lelakinya dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.

Facebook Comments
Close