AJL27 | Aizat Kecewa Dengan Kontroversi Tentang Dirinya & Uji Rashid

Kemenangan lagu Yuna Terukir Di Bintang nyanyian Aizat Amdan di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) masih lagi hangat diperkatakan. Selain daripada tertarik dengan penampilan Aizat yang bersahaja dan selamba menyampaikan lagu itu, rupanya kontroversi berkaitan pemilihan penyanyi Uji Rashid juga masih dibicarakan.

Kontroversi yang berlegar tersebut mengatakan yang penyanyi veteran Uji Rashid pada awalnya dipilih untuk menyampaikan lagu milik Yuna tersebut. Namun pada saat-saat akhir ditukarkan dengan Aizat dipilih untuk menyampaikan lagu tersebut.

AJL27: Aizat kecewa dipalit kontroversi

Gaya Aizat bersahaja ketika menyampaikan lagu Terukir Di Bintang – FOTO Sinar Harian

Memetik kata-kata Aizat dalam akhbar Sinar Harian, sememangnya dia kecewa berhubung kontroversi pemilihan penyanyi bagi mempersembahkan lagu itu.

“Ada satu malam itu, saya terkejut apabila dimaklumkan Kak Uji datang. Kenapa dia di sini? Tak ada orang beritahu dia ke? Sepatutnya pihak berkuasa uruskan. Maksud saya, dia veteran. Walau macam mana sekalipun, kita kena hormat.

“Saya rasa kecewa. Bagi saya, mana-mana manusia pun tak sepatutnya dilayan seperti itu. Datang dengan harapan untuk ‘soundcheck’. Tiba-tiba ada yang tweet (tentang pertukaran). Oh dah kena ganti. Pada saya itu tidak baik,”

Aizat menafikan ada bertemu dengan Uji Rashid pada malam tersebut.

“Saya tak terjumpa dia pun, tetapi ada orang beritahu saya (Uji Rashid datang). Itu yang buat saya kecewa.

“Kalau boleh saya ingat nak bawa dia saja naik atas (pentas),” katanya yang tampil bersama AG Coco dan band Palawan ketika mempersembahkan Terukir Di Bintang.

Sementara itu, penyanyi dan komposer lagu ini Yuna yang kini berada di Los Angeles telah menyampai ucapan terima kasih menerusi laman mikro Twitter miliknya.

“Alhamdulillah terima kasih Adil Halim, Efry Arwis, Pa Anoid, Aizat Amdan kerana hebat dan AG Coco kerana menghasilkan Terukir (Terukir Di Bintang) dengan saya.

“Akhir sekali, terima kasih kepada semua peminat, Uji Rashid memberi inspirasi kepada saya dan Muzik Muzik/AJL/TV3,” tulisnya.

– sumber asal dari Sinar, digubah kembali oleh BlogSBT

Facebook Comments
Close