Aizat Gantikan Yuna Di AJL27

Aizat Amdan akan gantikan Yuna di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) menyanyikan lagu Terukir Di Bintang? Sila jangan buat muak terkejut ya kerana sememangnya berita ini benar 🙂

Seperti yang pernah Belalang kongsikan di sini tentang Yuna yang terpaksa menarik diri dari AJL27 kerana sedang dalam rakaman lagu terbarunya, telah memilih Aizat sebagai ganti dirinya.

Aizat Ganti Yuna Di AJL27

Aizat Ganti Yuna Di AJL27

Belalang yakin anda pun tentu terkejut bukan. Tentu peminat menyangkakan yang tentu penyanyi perempuan juga yang akan dipilih.

Bukan kita sahaja yang terkejut, malah tuan badan Aizat sendiri pun tak sangka terpilih

“Memang tak sangka sebenarnya. Apa pun, saya kena hafal lirik dulu dan sesuaikan diri dengan lagu itu cepat. Tinggal dua hari saja sebelum AJL27,”

Menjawab tentang persedian pula

“Persediaan belum mula apa-apa lagi. Cuma, saya akan cuba untuk beri yang terbaik… kawan dah minta tolongkan,”

“Ia sebuah lagu yang klasik dan sesuai juga apabila dinyanyikan oleh lelaki. Lirik lagu ini universal dan melodi ala-ala Eropah,” Kata Aizat kepada wartawan Sinar Harian.

Tentu peminat semua tak sabar-sabar nak melihat Aizat membawakan lagu ini.

Jadi jangan lupa Ahad ini untuk saksikan secara langsung di TV3. Belalang juga mungkin akan adakan live streaming untuk AJL27.

Oleh itu jangan lupa untuk datang sini lagi ye 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close