3 Teknik Sebenar Jana Pendapatan Di Internet

Menjana pendapatan di internet tidaklah sesukar yang disangkakan oleh mereka diluar sana. Ada yang kata untuk buat duit di internet, kita mesti ada modal.

Bernahkah begitu?

Jawapan Belalang ada benarnya dan ada juga tidaknya pendapat itu. Di internet ini ada pelbagai-bagai peluang untuk menghasilkan duit, samada berbayar atau tidak anda boleh memilihnya.

3 teknik hasilkan duit secara online

Tiap-tiap hari dapat duit macam ni hasil dari blog. Tak mau ke? 🙂

Jangan tak percaya yang ada penjual di internet ini yang berjaya perolehi pendapatan lumayan walaupun mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal!

Ok, dipendekkan cerita, dalam entry ini Belalang akan kongsikan 3 teknik jana pendapatan di internet tanpa keluarkan modal.

1. Melalui Blog

Anda suka membaca blog? ya, blogger (gelaran bagi pemilik blog) sebenarnya memperolehi pendapatan walaupun mereka hanya menulis blog untuk suka-suka. Ratu blogger Malaysia iaitu RedMummy contoh salah seorang blogger yang memperolehi pendapatan lumayan hasil berblog.

Macam mana cara blog dapat duit? caranya adalah dengan menyewakan ruang-ruang iklan di dalam blog anda kepada pengusaha atau pemilik produk yang berminat untuk beriklan di blog anda. Contoh macam di bahagian kanan blog Belalang. Jika anda lihat disana ada beberapa ruang yang Belalang letakkan untuk iklan.

2. Agen Affiliate

Affiliate ialah satu program dimana anda tolong iklan atau pasarkan barangan seseorang. Jika ada yang berminat untuk membelinya, maka anda akan menerima komesin. Biasanya komesin yang diberikan oleh penjual kepada anda sekitar 30% ke 50%.

Untuk menjadi agen affiliate, anda hanya perlu mendaftar dengan penjual tersebut. Selepas itu anda akan menerima link khas yang mempunyai kod nama anda. Sesudah memiliki link, boleh la terus buat promosi

Biasanya affiliate lebih menjurus kepada produk digital seperti ebook.

Contoh seperti disebelah kanan yang terdapat pada blog Belalang ini juga. Nampak iklan kecil-kecil tu? Kebanyakkannya banner dari program affiliate yang Belalang join.

3. Agen Dropship

Ya, Belalang paling gemar dengan cara ini. Secara mudah Dropshipping adalah seperti perniagaan anda sendiri yang berkonsepkan pesanan dan pengeposan. Kelebihan utamanya ialah anda tidak perlu berbelanja besar dalam menyediakan stok semata-mata untuk memperolehi diskaun harga keatas barang yang dibeli dan anda juga tidak memerlukan tempat untuk menyimpan stok.

Contoh, anda jual baju dalam blog (blog lagi) dengan harga RM60 + RM10 kos pengeposan. Pembeli akan bayar kepada anda total harga baju tersebut RM70.

Sebenarnya harga yang syarikat dropship itu beri kepada anda hanyalah RM50 dan penghantaran pula percuma.

Selepas menerima bayaran, anda kembali ke web dropship dan membuat bayaran sebanyak RM50. Selepas itu proses pos barang tersebut akan dilakukan oleh dropshipper anda. Mudah bukan?

Jadi sekarang bagaimana? faham tak dengan penerangan Belalang di atas? Kalau ada apa-apa yang tak faham jangan malu-malu untuk bertanya pada ruangan komen di bawah.

Jika anda perasan, dalam tiga-tiga teknik yang Belalang nyatakan di atas, kesemuanya ada kaitan dengan blog. Mengapa?

Jawapannya mudah! BLOG SUMBER UNTUK MENJANA PENDAPATAN pertama anda. Banyak sebenarnya kelebihan memilik blog. Mungkin masa-masa akan datang akan Belalang kupaskan lebih terperinci.

Jadi macam mana? teringin tak nak ada blog? jika ya, Belalang syorkan supaya anda mendapatkan ebook di bawah ini-

-KELAS BLOGGER-
Panduan Lengkap Bina Dan Jana Pendapatan
Menggunakan Kuasa Blog A-Z Dalam Masa
11 Hari Sahaja!

Ebook ini sangat lengkap bagi anda yang baru mahu memulakan langkah pertama sebagai blogger seterusnya menjana pendapatan pertama. Buka ini menerangkan serba lengkap dari permulaan buat blog, hinggalah sumber dan program menjana kewangan.

Sangat berbaloi untuk dimiliki.

Akhir kata dari Belalang, miliki ebook ini kerana ia permulaan pertama untuk merubah masa depan anda dalam duit internet

 

Sekian terima kasih…

Incoming search terms:

  • jana pendapatan online 2013 (20)
  • cari duit lebih tanpa modal (18)
  • cari duit lebih 2013 (12)
  • jana pendapatan online tanpa modal (12)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close