Video Highlight Malaysia 2-0 Indonesia 1 Disember 2012 | AFF2012

Malaysia berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 dengan bergaya apabila berjaya mengalahkan Indonesia dengan keputusan 2-0.

Gol-gol Malaysia telah dijaringkan oleh Azamudin Akil dan Mahalli Jasuli di separuh masa pertama.

Permulaan perlawanan Belalang sedikit risau apabila melihat Indonesia lebih banyak menguasai perlawanan disamping skuad negara pula beberapa kali melakukan kesilapan mudah.

Namun selepas mendapat gol pertama, barulah Harimau Malaya dilihat sedikit yakin dan kembali menyayingi kepantasan permainan Sang Garuda.

Gambar dari SukanMalaya.My

Keputusan diantara Singapura dan Laos pula berkesudahan dengan Singapura menang 4-3 sekaligus menjadikan mereka juara kumpulan B manakala Malaysia pula menjadi naib juaranya.

Perlawanan separuh akhir nanti Malaysia bertemu juara kumpulan A Thailand, manakala Singapura pula akan bertemu Filipina.

Dibawah ini video dua gol aringan Azamudin Akil dan Mahalli Jasuli. Video penuh sorotan perlawanan ini akan Belalang kongsikan kemudian

Akhir kata dari Belalang, tahniah kepada Harimau Malaya. Anda berjaya melakukannya! piala AFF Suzuki 2012 milik kita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close