Video Highlight Malaysia 1-1 Thailand 9 Disember 2012

Malaysia terpaksa berpuas hati apabila hanya berjaya mencatat keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan pasukan Thailand di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Keseluruhannya kedua-dua pasukan bermain dengan sangat baik apabila masing-masing berjaya merencanakan beberapa gerakan-gerakan bahaya untuk mencari gol.

Gol Malaysia di jaringkan oleh Khairul Idlan Talaha pada minit 48′ menerusi satu hantaran cantik oleh Mahalli Jasuli.

norshahrul idlan talaha

Norshahrul Idlan Talaha penjaring gol tunggal malaysia lwn thailand. Video perlawanan berada di bawah

Manakala gol pasukan Thailand pula hadir pada minit 78′ menerusi satu tandukan yang telah memerangkap Farizal Marlias.

Di minit-minit terakhir perlawanan Khairul Idlan Talaha mempunyai satu peluang yang sangat baik untuk menambah bilangan, namun tendangannya sedikit tinggi.

Belalang rasa permainan Malaysia agak bagus dengan tidak begitu banyak melakukan kesilapan. Namun dalam masa yang sama rasanya Malaysia perlu meningkatkan sedikit stamina dan lebih alert dengan pemain-pemain lawan.

Harapnya kita mampu mencipta kemenangan pada perlawanan di tempat lawan nanti sekaligus berjaya melangkah ke final AFF Suzuki 2012.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close