Undian Piala FA 2013

JUARA lima kali Piala FA, Selangor berdepan tugas getir pada pusingan pertama Piala FA 2013 selepas diundi bertemu juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 25 Januari depan.

Pada majlis undian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Shah Alam hari ini, Perak yang muncul juara Piala FA sebanyak dua kali turut meniti laluan berliku selepas diundi menentang pasukan kelab dibarisi ramai pemain kebangsaan iaitu Johor FC yang kini dikenali sebagai Darul Takzim FC.

Piala FA 2013

Juara dan naib juara Piala FA musim ini iaitu Kelantan dan Sime Darby FC mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

Kelantan yang juga juara trebel pada musim ini bagaimanapun berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang naib juara Liga Super, Lions XII FC dari Singapura pada pusingan kedua kejohanan manakala Sime Darby FC akan bertemu sama ada pemenang perlawanan T-Team dan Perlis yang akan berentap pada pusingan pertama.

Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana layak menyertai Piala FA musim depan bersama lima pasukan dari Liga FAM serta satu pasukan jemputan iaitu Preach Khan Reach dari Kemboja.

FAM turut mengekalkan format pertandingan Piala FA iaitu format kalah mati pada pusingan pertama (25 Jan 2013) dan pusingan kedua pada 26 Feb 2013 sebelum perlawanan timbal balik untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir yang dijangka berlangsung masing-masing pada April dan Mei depan.

Turut sama diadakan pada majlis undian berkenaan ialah pengenalan 12 pasukan yang bakal bersaing masing-masing dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim depan.

Antara pasukan baharu yang akan membuat penampilan pada Liga Perdana 2013 yang akan bermula pada 7 Jan ialah juara Liga FAM musim ini, SPA Putrajaya FC dan pemenang tempat ketiga liga berkenaan, UiTM FC serta Kedah yang tewas kepada Pahang dalam perlawanan penentuan ke Liga Super.

Dua pasukan baharu yang akan bersaing dalam Liga Super 2013 yang bermula sehari kemudian ialah juara Liga Perdana, ATM dan Pahang.

Sebelum itu, Liga Malaysia akan bermula secara rasmi pada 5 Jan depan menerusi perlawanan merebut Piala Sumbangsih di antara juara Piala Malaysia, Kelantan menentang juara Liga Perdana, ATM di venue yang masih belum ditetapkan oleh FAM.

Undian Piala FA 2013:

Selangor PKNS FC lwn Lions XII FC
Sarawak lwn Melaka
Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang PBAPP FC
Kuala Lumpur lwn Pos Malaysia
UiTM FC lwn Negeri Sembilan
PDRM lawan Pulau Pinang
SPA Putrajaya FC lwn Terengganu
Kedah lwn NS Betaria FC
Darul Takzim FC lwn Perak
Sabah lwn Felda United FC
Selangor lwn ATM
Johor lwn Pahang
Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat
T-Team lwn Perlis

Pasukan Liga Super 2013:

Felda United FC, Terengganu, Kelantan, T-Team (Terengganu), Lions XII FC (Singapura), Perak, ATM, Negeri Sembilan, Selangor PKNS FC, Pahang, Darul Takzim FC, Selangor

Pasukan Liga Perdana 2013:

Perlis, PDRM, SPA Putrajaya FC, UiTM FC, Johor, Kuala Lumpur, Pos Malaysia FC, Kedah, Sime Darby FC, Sarawak, NS Betaria FC, Sabah.

– Bernama

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • jadual liga fam 2013 (12)

Comments are closed.

Close