Uchop Juara Vokal Musim Dua

Peserta Uchop, 28, berjaya meraih gelaran juara musim kedua program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) malam Rabu yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Kemenangan Uchop yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Hattan dan Ziana Zain sekaligus melayakkan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta sebuah trofi.

uchop juara vokal musim 2

“Saya bersyukur dan tidak sangka dapat menjuarai pertandingan ini.

“Moga menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya dapat menggunakannya sebaik mungkin, InsyaAllah,” katanya selepas pertandingan tersebut.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mar atau nama sebenarnya Marlleynney Fane J.L Paul,25 sekaligus menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.

Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Mar dan Uchop perlu membawakan persembahan solo.

Mar membawakan lagu medley iaitu Semua Isi Hatimu nyanyian 3 Suara dan Sesuatu Janji (Taufik Batisah). Manakala Uchop menyanyikan lagu Dipenjara Hidup dan Opera Hidup nyanyian penyanyi asalnya, Awie.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Ajai iaitu Maafkanlah Cinta (Mar) dan Yuzai pula menghasilkan lagu buat Uchop berjudul Biar Jujurlah Padanya.

Cabaran terakhir pula, Mar dan Uchop mengharungi segmen ‘battle’ dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Sementara itu, pentas Vokal turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi hebat iaitu Saleem, Zamani, Hattan dan Ziana Zain.

Sepanjang 12 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 peratus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Rabu, pukul 9 malam.

– Mstar

Facebook Comments
Close