Tungku Elektrik Meletup | Lelaki Cedera

Alat bertungku meletup. Itu yang berlaku di sebuah rumah di Wangsa Maju, kelmarin apabila alat bertungku elektrik meletup hingga menyebabkan seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di tangan, dada dan badan.

Lelaki berkenaan yang melecur kira-kira 12 peratus di seluruh badannya itu masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tungku perut meletup

Gambar Hiasan

Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Hisham, 56, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, anak perempuan keduanya itu memanaskan alat bertungku elektrik berkenaan untuk anak sulungnya yang sedang berpantang.

Menurutnya, alat bertungku itu digunakan untuk membantu mengempiskan perut lebih cepat bagi anak sulungnya yang baru bersalin dua minggu lalu.

“Selepas memanaskan alat bertungku itu, anak kedua saya sedang membuat kerja lain tanpa sedar proses pemanasan itu sudah melebihi masa dan panas hingga meletup.

“Ketika itu, anak lelaki saya yang secara kebetulan berada berdekatan terkena serpihan alat bertungku itu dan melecur lebih 12 peratus ,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, anak lelakinya yang cedera di tangan, dada dan badan dibawa ke klinik swasta untuk rawatan kecemasan, tetapi diminta ke HKL.

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menolak unsur jenayah sebagai punca kejadian berkenaan.

– Metro

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • tungku elektrik (45)

Comments are closed.

Close