Tengkorak Aneh Seakan Makhluk Asing Ditemui

Sekumpulan ahli Arkeologi di Mexico, menjumpai kumpulan tengkorak manusia dipercayai milik individu yang mengalami kecacatan kranium dan kelihatan seperti kepala makhluk asing, semalam.

Pengarah projek, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak pelik itu dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dan dijumpai berhampiran perkampungan kecil, Onavas.

tengkorak makhluk asing

“Kita percaya ini adalah penemuan pertama melibatkan tengkorak diikat kain sehingga mengubah bentuk.

“Masyarakat budaya Mesoamerika menggunakan kecacatan tengkorak bagi membezakan kumpulan sosial dan tujuan ritual,” kata Cristina.

Tanah perkuburan yang menyimpan 25 individu itu dihuni 13 orang yang dipercayai mengalami kecacatan tengkorak. – MailOnline

Facebook Comments
Close