Nik Aziz Lelong Barang Peribadi Di Majlis Makan Malam Pas Negeri Sembilan

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka melelong beberapa koleksi barangan peribadi beliau sempena Majlis Makan Malam Pas Negeri Sembilan yang akan diadakan malam esok.

Setiausaha program, Mohd Hassan Thamby berkata, majlis yang akan diadakan di dewan Hotel City Kingdom di Taman AST bermula jam 8 malam itu bertujuan mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz lelong barang peribadi kutip dana PRU13

“Acara yang paling dinantikan ialah apabila Tuan Guru Nik Aziz melelong barangan miliknya termasuk koleksi buku peribadi,” katanya di sini, semalam.

Mohd Hassan berkata, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani dan beberapa pemimpin tinggi Pas negeri turut hadir dan memberi ucapan pada majlis tersebut.

Facebook Comments
Close