Nama 8 Sekolah Di Kelantan & Terengganu Tangguh Sesi Sekolah 2013

Esok 1 Januari akan bermulanya sesi persekolah 2013 untuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Namun begitu, menurut sumber dari Bernama, Lapan buah sekolah disekitar Kelantan dan Terengganu akan menangguhkan sesi persekolahan 2013 yang dijadualkan bermula esok kerana masih digenangi air banjir.

Gambar Hiasan

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Simpangan, Sekolah Kebangsaan Bandang Pak Yong, Sekolah Kebangsaan Tok Jering, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurrul Huda, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periok dan SMK Bukit Mentok.

Menurut sumber lagi, tarikh untuk permulaan sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah terlibat akan diumumkan kelak.

Dijangkakan lebih banyak sekolah di kawasan rendah di negeri Terengganu mungkin akan akan ditutup sekiranya cuaca terus mendung dan hujan tanpa henti

Facebook Comments
Close