Menyamar Sebagai Polis | Gari Sebelum Samun

Polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim bersama ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) menahan lelaki berusia 20-an kerana melakukan samun terhadap seorang warga asing di sini kira-kira jam 5 petang.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, mangsa berjalan seorang diri berhampiran sebuah sekolah, tiba-tiba dia digari dari belakang oleh suspek yang menyamarkan dirinya sebagai anggota polis.

Remaja menyamar jadi anggota polis

Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan dompet, telefon dan barangan berharga.

Suspek berpatah balik dan memulangkan beberapa dokumen serta barangan milik mangsa, malah turut membuka gari sebelum melarikan diri ke arah pekan Kulim.

“Saya memaklumkan semua ahli PPKM yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar untuk membuat pemantauan terhadap suspek. Dua ahli PPKM kemudian menemui suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum menghampirinya. Suspek kemudiannya mengeluarkan pistol dan mengacu ke arah mereka.

“Ahli PPKM kemudiannya memaklumkan kepada saya, suspek berbahaya kerana mempunyai senjata api.

“Saya kemudiannya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan. Anggota CPJ bersama PPKM kemudiannya mengejar suspek dan berjaya menahannya,” katanya.

Eng Khim berkata, suspek sempat membuang senjata api dan gari milikinya ke dalam longkang ketika dikejar polis dan PPKM.

PPKM kemudiannya menyerahkan suspek kepada Unit MPV sebelum dibawa ke IPD untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif heroin dan methampetamine.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang penjawat awam serta Seksyen 12(1) Akta Penagihan Dadah,” katanya.

Incoming search terms:

  • suara kulim (14)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close