Lionel Messi Pemain Termahal Dunia Bernilai RM1262

BAKAL penerima anugerah Fifa Ballon d’Or keempat berturut-turut, Lionel Messi kini bukan sahaja bergelar pemain terbaik dunia, sebaliknya bakal bergelar pemain termahal dunia apabila bayaran kontrak yang bakal diterima pemain Argentina ini bersama Barcelona FC dianggarkan berjumlah RM412 juta.

Masih mempunyai kontrak sehingga 2016, Messi bersetuju menerima kontrak lanjutan baru di Camp Nou yang membolehkan penyerang berusia 25 tahun ini menerima RM69 juta setahun sehingga 2018.

lionel messi

Itu belum lagi termasuk jumlah bayaran tebus pemain berjumlah RM849 juta, sekali gus menjadikan Messi bernilai RM1262 juta dan melenyapkan impian Manchester City mahupun Chelsea atau mana-mana kelab Liga Inggeris untuk mendapatkan penyerang yang telah memecahkan rekod jaringan 40 tahun Gerd Muller dalam setahun itu.

Selain Messi, pemain tengah, Xavi, 32, dan juga Carles Puyol, 34, turut bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Barca.

Facebook Comments
Close