Lelaki Didakwa Bakar Al-Quran | Diheret Keluar Lokap & Dibakar

HYDERABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh memecah masuk sebuah balai polis Pakistan dan membakar seorang lelaki yang dituduh mempersenda al-Quran, semalam.

Menurut imam kampung Seeta, Sindh, Maulvi Memon, lelaki itu, seorang pengembara, telah bermalam di sebuah masjid Khamis lalu dan senaskhah al-Quran ditemui hangus keesokan harinya.

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polis

“Dia bersendirian di masjid pada waktu malam. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukan perkara yang dahsyat seperti itu,” kata Maulvi.

Orang kampung memukul lelaki itu dan kemudiannya menyerahkan dia kepada pihak polis.

Beberapa jam kemudian, sekitar 200 orang menyerbu balai polis dan mengheret lelaki itu keluar lalu membakarnya, kata Penguasa Kanan Polis Daerah Dadu, Usman Ghani.

Menurut Usman, dalam kejadian kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana membunuh dan tujuh polis ditahan atas kecuaian.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan, sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh di Pakistan sejak 1990 atas tuduhan kekufuran dan tuduhan-tuduhan lain yang lebih kerap.

Di Pakistan, hukuman bagi kufur adalah hukuman mati tetapi ia tidak ditakrif secara khusus oleh undang-undang.

Kes terbaru menyaksikan perhatian antarabangsa tertumpu kepada kes Rimsha Masih, seorang remaja Kristian yang dituduh membakar beberapa muka surat al-Quran dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, kes itu telah ditolak bulan lalu selepas jiran gadis itu memberitahu mahkamah bahawa Rimsha dianiaya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, dua pegawai kanan Pakistan telah mencadangkan pembaharuan undang-undang telah ditembak mati. Salah seorang daripada mereka telah ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri.

Peguam yang mewakili kes berkenaan telah disalahkan manakala hakim yang mensabitkan dia bersalah terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Facebook Comments
Close