Kanak-kanak Perempuan Maut Didera

Seorang kanak-kanak perempuan bertarung nyawa hampir 26 jam sebelum disahkan meninggal dunia kelmarin, selepas mengalami pendarahan teruk di kepala dipercayai didera.

Mangsa, Nur Kalisa Jamaluddin, 2 tahun 1 bulan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ibunya, Rabu lalu.

Kanak-kanak maut disyaki didera

Gambar Hiasan

Sebelum itu, ibu kanak-kanak berusia 30 tahun, dihubungi pengasuh di Hiliran Ampang Pudu yang mengatakan mangsa mengalami sesak nafas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal itu ditempatkan di Wad Pediatrik.

Beliau berkata, doktor kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis selepas mengesyaki berlaku penderaan.

“Pemeriksaan doktor mendapati ada kesan pendarahan dan lebam di dahi. Mangsa meninggal dunia, kira-kira jam 4.55 petang semalam (kelmarin),” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Beliau berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan atau mengambil keterangan bagi membantu siasatan.

Chin Wah berkata, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close