Janji PR Jika Menang PRU-13 | Empat Tawaran Istimewa

Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan empat tawaran istimewa kepada rakyat negeri ini sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 9 Disember ini.

Pengarah program Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP), Dr Hamzah Jaaffar berkata, pengumuman ‘Pengisytiharan Tawaran Mega Untuk Rakyat Pahang’ itu akan dibuat di Dataran Rakyat, Tapak Kompleks Pas Pahang, Kerdau.

Empat tawaran PR jika menang

Menurutnya, satu pengumuman akan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan tawaran kerajaan Pusat untuk rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Tiga pengumuman lagi akan diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, satu oleh Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan satu lagi oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang mana mereka akan mengumumkan tawaran Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang.

“Pengisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk rakyat Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka selama ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Markas Pas, Kerdau, dekat sini.

Ditanya sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang dalam PRU nanti dan tidak berjaya menawan Pahang adakah tawaran itu akan diteruskan atau tidak Dr Hamzah berkata ia akan diteruskan.

Menurutnya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menawan kerajaan Pusat atau Pahang tawaran tersebut akan terus disuarakan sama ada di Parlimen atau Dewan Rakyat.

“Tawaran ini juga adalah untuk menarik perhatian pengundi supaya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Pusat dan negeri serta mengotakan apa yang dijanjikan,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • janji pkr jika menang pru13 (19)

Comments are closed.

Close