Fakta Menarik Menjelang Liga Malaysia 2013

Fakta Menarik Menjelang Liga Malaysia 2013 | Menjelang Liga Malaysia 2013 (seminggu lebih saja lagi). Liga Super + Piala FA + Piala Malaysia + Liga FAM.

Berikut adalah fakta-faktanya:

Liga Malaysia 2013

*FAKTA DI BAWAH ADALAH SEHINGGA BULAN DISEMBER 2012 SAHAJA, sebarang fakta baru akan diberikan oleh fam yang disayangi.*

1) Sejumlah 34 pasukan bertanding dalam 3 Liga Malaysia. 12 Super + 12 Perdana + 10 FAM.

2) Pasukan Harimau Muda B akan bertanding dalam Liga S 2013, menggantikan pasukan Harimau Muda A yang bersedia untuk Sukan SEA 2013. HMA bersedia untuk Liga Slovakia? / luar negara? Sama-sama tunggu jer..

3) ATM 2013 – pertamakali bertanding dalam Liga Super sebagai juara Liga Perdana 2012. Saingan terbuka semua pasukan untuk mencari tempat ke AFC Cup 2014 = 7 pasukan FA: Kelantan, Selangor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, ATM; dan 4 pasukan FC: Darul Takzim, Felda United, T-Team, PKNS; beserta pasukan jemputan dari Singapura juara ASEAN terkini: Lions XII.

4) ATM juga pertamakali bertanding dalam Piala Sumbangsih 2013.

5) Bekas juara doble treble Kedah, menyertai 3 FA: Sarawak, Sabah, KL: JATUH ke Perdana 2013, dan bertanding dengan 3 lagi pasukan FA: Johor, Perlis, PDRM untuk berentap naik balik ke Super 2014. Harus juga berhati-hati dgn 5 pasukan FC lain : NS Betaria, POS Malaysia, Sime Darby, UiTM, dan KL SPA.

6) KL SPA FC 2013 – pertamakali bertanding dalam Liga Perdana sebagai juara Liga FAM 2012.

7) UiTM FC 2013 juga layak ke Liga Perdana pertamakali, atas ehsan ketiadaan Harimau Muda B.

8) Liga FAM 2013 – ada 5 pasukan baru = UKM FC, Kedah United, Tumpat FA, Kuantan FA, Cebagoo FC Sabah. Bersaing dengan 3 pasukan FC: Shahzan Muda Sports Club, Tentera Darat, PBAPP Penang, dan 2 FA: Melaka & Pulau Pinang yang masih bergelumang dalam Liga FAM lagi (Penang tahun kedua, Melaka tahun ketiga berturot-turot) . Sama-sama doakan agar FA ini bangkit tahun depan.

9) Perlis 2013 – terselamat daripada terjerumus ke Liga FAM 2013, atas ehsan penarikan diri USM Penang. Terselamat daripada menjadi pasukan FA ke-4 ke FAM League.

10) Jadi bermulanya Liga M 2013 – pasukan yang telah menarik diri adalah 7 pasukan: Harimau Muda A, Harimau Muda B, Melodi Jaya Johor, SDM Navy Penang, USM Penang, MP Muar, MBJB FC Johor.

KEMPEN PIALA FA 2013

11) Piala FA tahun ini – hanya 30 pasukan sahaja.

12) Semua 12 pasukan Super & 12 pasukan Perdana telah mengesahkan penyertaan.

13) Manakala hanya 5 pasukan Liga FAM yang bertanding.

14) Tambah SATU pasukan jemputan daripada Kemboja = Preah Khan Reach yang telah membuat penampilan kali kedua. Tahun lepas mereka kecundang pada pusingan kedua dengan pasukan KL SPA FC.

15) Jadi 5 pasukan LIGA FAM 2013 yang tidak bertanding adalah = UKM FC, Kedah United, Tumpat FA, Cebagoo FC Sabah, dan Shahzan Muda Sports Club.

16) Perlawanan pertama peringkat kalah mati, ada 3 perlawanan tumpuan yang melibatkan pertembungan sesama pasukan Super. Lions XII v PKNS, Perak v DarulTakzim, dan Selangor v ATM. Jadi 3 pasukan Super – confirm akan tersingkir daripada layak ke pusingan kedua.

17) Manakala untuk pasukan Perdana (1st round): ada 2 perlawanan sesama sendiri = KL v Pos, & Kedah v NS Betaria. Confirm 2 pasukan Perdana akan tersingkir.

18) Hanya 1 pertembungan sesama pasukan Liga FAM tahun ini = Kuantan FA vs Tentera Darat.

19) Setiap 1 pasukan daripada Super & Perdana & FAM confirm bermain di pusingan kedua, setelah mendapat bye: finalist tahun lepas (Kelantan & Sime Darby), dan antara Kuantan / Tentera Darat.

20) Pasukan-pasukan FAM yang lain, hanya akan bertembung dengan pasukan PERDANA sahaja dalam 1st round, kecuali PBAPP Penang yang menghadapi Preah Khan Reach FC Cambodia.

SUPER 2013 AWAL TAHUN.

21) Hampir semua pasukan Super akan bermain dalam perlawanan memenatkan dalam bulan Januari, iaitu 6 perlawanan berturut-turut (termasuk 1 FA). Kelantan & ATM 7 perlawanan termasuk Sumbangsih & FA.

22) Jadi Kelantan & ATM yang bermula 5 Januari = akan bermain selang 3 hari, 2 hari, 3 hari, 2 hari, 3 hari, dan 2 hari; dan pasukan lain 8 Januari, semua main selang 2 hari, 3 hari, 2 hari, 3 hari, dan 2 hari.

23) Ini kerana pasukan Malaysia akan bertemu Yaman pada 6 Februari. Jadi last game adalah FA Cup 1st round = 25 Januari. KITA LIHAT SIAPA YANG BAKAL MENDAHULUI SUPER & MENANG 1st ROUND FA pada Januari nanti.

24) Jadual Perdana & FAM belum keluar, ataupun belum dijumpai lagi. Jadi x dapat buat analisis.

25) Lions XX seperti biasa diberi hak siaran LIVE ataupun TERTUNDA oleh Astro Arena sepanjang tahun seperti tahun lepas.

– Sumber MALAYSIA FOOTBALL TEAM

Incoming search terms:

  • liga malaysia 2013 (12)
  • piala malaysia 2013 (10)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close