Ditetak & Diseret Ketika Bergelut Dengan Penculik Anak

Membaca berita ini tentang si ayah yang mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya daripada diculik oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya, terasa begitu sedih sekali.

Bagaimanakah perasaan si ayah ketika melihat anaknya dilarikan oleh si penculik? Tak dapat Belalang bayangkan perasaannya ketika itu.

Nur Fasha Adriana diculik

Si ayah yang cuba menyelamatkan anaknya, telah diseret dan ditetak oleh lelaki tersebut.

ARAU: “Abah…tolong abah! Selamatkan Fasha. Akak takut!” antara jeritan yang masih terngiang-ngiang di telinga Mazlizan Md Isa, 28, ketika anak perempuannya, Nur Fasha Adriana, 10, dilarikan lelaki yang memecah masuk rumahnya di sini, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di rumahnya yang terletak di Ulu Pauh, Mazlizan parah dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di tangan dan dagu selepas ditetak suspek menggunakan pisau.

Ketika itu, katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan berpaut di tingkap kereta suspek sebelum dia jatuh selepas diseret lebih 100 meter.

Difahamkan, ketika kejadian, anaknya tidur nyenyak di rumah itu bersama nenek dan datuknya, manakala Mazlizan baru pulang daripada berniaga.

Berita penuh ada dalam Metro hari ini. Semoga anak ini berada dalam keadaan selamat.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close