Budak Tertembak Sepupu Sendiri Dengan Senapang Patah

Sikap ingin tahu seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun untuk mencuba senapang patah milik bapanya yang disangkakan tidak berpeluru, mengundang padah apabila tertembak sepupunya berusia sembilan tahun dalam kejadian di Rumah Panjang Ngulu Empaling, Pantu, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kanak-kanak berkenaan mengarahkan senjata api itu ke luar tingkap dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai bahu kiri mangsa kerana menyangkakan senapang berkenaan tidak berpeluru.

Budak cuba uji senapang patah tertembak sepupu

gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Daerah Sri Aman, Asisten Superintendan Ang Tuan Teck berkata, berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak terbabit mengambil kunci yang disangkut di dinding sebelum masuk ke bilik bapanya untuk mencari raket badminton.

Katanya, ketika menyelongkar bilik berkenaan, kanak-kanak terbabit ternampak selaras senapang patah yang disandarkan di sebelah almari pakaian.

“Kerana ingin tahu, kanak-kanak itu mengambil senjata berkenaan dan mengacukannya ke luar tingkap dan kebetulan ketika itu sepupunya bermain di luar rumah.

“Difahamkan sepupu lelakinya itu melihat perbuatan kanak-kanak terbabit sebelum memetik picu kerana menyangkakan senapang itu tidak diisi peluru,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, malangnya senapang itu meletup sebaik picu ditekan menyebabkan peluru terkena bahu kiri mangsa sekali gus meraung kesakitan dan berlaku pendarahan teruk.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang dikejutkan dengan kejadian itu segera membawanya ke Hospital Sri Aman untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) jam 7 malam kelmarin.

“Ketika ini mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan serpihan peluru yang masuk ke dalam bahu mangsa dikeluarkan. Difahamkan, mangsa dipindahkan ke wad biasa untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Polis turut mengambil keterangan sepupu mangsa serta pemilik senjata api bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 37 (Akta Senjata 1960),” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • senapang patah (72)
  • senapang patah buatan sendiri (14)
Close