Budak Lelaki Dua Tahun Maut Ditetak Ibu Saudara

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dipercayai ditetak ibu saudaranya yang dikatakan menghadapi masalah mental, di rumah neneknya di Kampung Kejai di sini Sabtu.

Muadz Mohd Izwani meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kulim dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu.

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Ditetak Ibu Saudara

Kanak-kanak tersebut dibawa oleh ibunya Faizah Ideris, 27, yang tinggal di Perlis ke rumah neneknya.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika ibu mangsa sedang memandikan kakak mangsa di bilik air dan apabila dia keluar dia mendapati kakaknya itu sedang menetak Muadz.

Dia yang cuba menghalang turut ditetak dan cedera di tangan dan kepala.

Suspek yang berumur lingkungan 30-an telah ditahan.

Punca kejadian tidak diketahui.

– BERNAMA

Facebook Comments
Close