Video Highlight Malaysia 0 – 3 Singapura 25 November 2012 | AFF2012

Malaysia memulakan kempen Piala AFF 2012 dengan kekalahan 0-3 di tangan pasukan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Apa lagi nak di kata melainkan kecewa melihat anak buah K.Rajagobal begitu mudah dijinakkan oleh Singapura. Dimulakan dengan dua Gol pantas oleh Shahril Ishak pada minit ke 41′ dan 47′, skuad Harimau Malaya dilihat seperti tiada idea untuk melakukan serangan atau gerakan merbahaya ke pintu gol lawan.

Piala AFF: Malaysia kalah 0-3

Masuk babak kedua, Aleksandar Duric yang masuk menggantikan Shahril Ishak menambah koleksi gol pasukan Singapura menjadikan ia tiga kosong.

Apa-apa pun Belalang harap semoga kekalahan ini makan menjadi titik tolak kebangkitan Harimau Malaya sama seprerti yang mereka tunjukkan dua tahun lepas di AFf 2010. Mulanya kita kalah 5-1 dengan tuan Rumah Indonesia. Selepas itu kita bangkit dan berjaya muncul juara di akhir kejohanan.

Video highlight penuh perlawanan antara Malaysia vs Singapura. bagi yang tidak berkesempatan untuk melihat 🙂

Facebook Comments
Close