Suri Rumah Curi Samsung Galaxy Tab Sepupu Sendiri Di Hari Pertunangan

Seorang suri rumah sanggup ketepikan ikatan persaudaraan apabila bertindak mencuri Samsung Galaxy Tab milik sepupunya sendiri di Kampung Gelong Bilal, 27 Oktober lalu.

Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral suri rumah berusia 24 tahun dari Kuala Berang tersebut dilakukan pada majlis pertunangan wanita terbabit.

Suri rumah mencuri pada hari pertunangan

Sekadar hiasan

Menurut sumber, suspek dikatakan berkunjung ke rumah sepupunya bersama keluarga bagi menghadiri majlis pertunangan.

Selesai majlis kira-kira jam 4.30 petang, mangsa berusia 31 tahun masuk ke bilik untuk menyalin pakaian dan pergi ke dapur dengan meninggalkan Samsung Galaxy Tabnya di bilik.

“Bagaimanapun, mangsa mendapati gajet bernilai RM600 tersebut hilang kira-kira jam 6.30 petang lalu bertindak membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, tablet itu disyaki dicuri suspek berikutan ada ahli keluarga ternampak wanita terbabit keluar dari bilik dalam keadaan tergesa-gesa dan mencurigakan ketika mangsa berada di dapur.

“Apatah lagi, suspek juga dilaporkan mempunyai rekod lampau mencuri telefon bimbit.

“Bagaimanapun suspek akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin yang mengesahkan penahanan suspek berkata, wanita terbabit direman dua hari bermula kelmarin.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close