Suami Buntu | isteri Merajuk Menghilangkan Diri

Seorang suami buntu, apabila isteri yang dikasihinya bertindak menghilangkan diri selepas berlaku pertengkaran kecil tiga minggu lalu.

Mohd Halimi Ramli, 32, berkata, dalam kejadian dua minggu lalu, dia menegur isterinya, Siti Hajar Arifin, 29, berkaitan tugasnya sebagai pembantu kantin di sebuah institut kemahiran dekat sini.

Isteri hilang lepas merajuk

Berikutan itu, isterinya dikatakan merajuk dan minta dihantar pulang ke rumah keluarganya di Jelor, Pasir Puteh.

“Selepas sehari saya letakkan dia di rumah keluarganya, dia tidak dapat dihubungi.

“Telefon bimbitnya dimatikan, dan dia tiada di rumah keluarganya. Sudah puas saya mencarinya di merata tempat tetapi menemui jalan buntu. Biasanya jika bergaduh, dia tidak akan matikan telefon. Sekurang- kurangnya dia akan jawab telefon saya. Tetapi kali ini berbeza, saya bimbang berlaku sesuatu yang buruk terhadap dirinya,” katanya, semalam.

Mohd Halimi berkata, akibat kehilangan isterinya, anak bongsu mereka, Mohd Fatih Imran,4, dimasukkan ke hospital berikutan demam kerana terlalu rindukan ibunya minggu lalu.

Dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar, ialah Fatin Jasmin Syakira, 9, Fatih Iskandar Iskandar, 8. Semua anaknya kini berada dalam jagaan Mohd Halimi.

Mohd Halimi percaya, isterinya sudah berada di luar Kelantan, tetapi merayu agar Siti Hajar pulang menyelesaikan masalah mereka secara baik.

“Saya harap rakan atau orang yang mengenalinya dapat menyampaikan pesanan ini kepadanya.

“Saya harap dia pulang menjenguk anak dan menyelesaikan masalah kami secara baik,” katanya kepada pemberita.

Justeru, mereka yang menemui Siti Hajar boleh menghubungi Mohd Halimi di nombor 011 2949904.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close