Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2012 | ASK2012

Belalang mengikuti perkembangan Anugerah Skrin 2012 (ASK2012) yang berlangsung di PWTC melalui Twitter dan Facebook. Belalang hanya menonton sejam pertama, selepas itu terus Belalang mengadap laptop. Terasa macam serabut pula ASK2012 ini 😉

Bagi yang tidak menonton dan ingin mengetahui keputusan penuh pemenang-pemenang, berikut Belalang senaraikan kesemua pemenang Anugerah Skrin 2012 pada malam ini.

anugerah skrin 2012

Keputusan di bawah ini masih lagi dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumlah ketika Belalang menulis ini, anugerah masih lagi berjalan dan belum tamat. Sila lihat keputusan di bawah-

Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)

Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang

Laporan Khas / Berita Terbaik: Berita TV9 – Bom Jangka – Aminhayat

Anugerah Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis (Pelarian)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Namron – Parit Jawa

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: – sherry merlis

Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH 25

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)

Pelakon Terbaik Wanita Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Terbaik Lelaki Filem – Shaheizy Sam (Songlap)

Rancangan Dokumentari & Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 26

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina/Effendee Mazlan (Songlap)

Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Ditelapak kaki Bonda)

Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre

Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)

Filem Terbaik – Bunohan

Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda (Filemscape)

**Tahniah kepada semua pemenang!

 

Facebook Comments

Comments are closed.

Close