Menjelang AFF2012 | Indonesia Optimis Bertemu Malaysia

SKUAD bola sepak Indonesia optimis mampu melakar kejayaan cemerlang pada Piala AFF Suzuki 2012 bermula Ahad ini walaupun dibarisi majoriti muka baru.

Jurulatih pasukan Indonesia, Nil Maizar berkata, kombinasi pemain lama dan baru menunjukkan keserasian dan mereka mampu berdepan mana-mana pasukan termasuk juara bertahan, Malaysia.

timnas indonesia

“Mudah-mudahan dengan kombinasi pemain senior seperti Bambang Pamungkas dan Ellie Aiboy mampu melakukan yang terbaik untuk Indonesia. Pada masa sama, kita tidak boleh memandang rendah kehebatan pasukan lain.

“Yang penting kita perlu lawan (berdepan) dengan semua pasukan terutama Malaysia sebagai tuan rumah. Apa yang saya mahu adalah fokus dan konsentrasi daripada pemain,” katanya.

Facebook Comments
Close