McDonald Breakfast Day | Dapatkan Egg McMufin Secara Percuma Mulai Isnin Ini

McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger ‘Egg McMufin’secara percuma Isnin ini.

Dikenali sebaga ‘McDonald Breakfast Day’,semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger ‘Egg McMufin’ secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.

mcdonalds percuma

Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.

“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut McDonald Malaysia, burger ‘Egg McMuffin’ diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.

Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.

Hanya satu ‘Egg McMufin’ bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘McDonald Breakfast Day’ anda boleh melayari laman web, www.mcdonalds.com.my.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • promosi mcdonald 2013 (12)
Close