Live Streaming Malaysia vs Laos 28 November 2012 | AFF2012

MISI mencari tiga mata penuh! Selepas diaibkan skuad Singapura dengan kekalahan besar 3-0, Harimau Malaya bakal melalui satu lagi perlawanan pada malam ini iaitu menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Laos yang berjaya mengikat Indonesia dengan keputusan seri 2-2, dilihat bukan satu lawannya yang mudah. Jika dua tahun dahulu Laos hanyalah pasukan belasahan, namun pada edisi kali ini mereka adalah sebuah pasukan yang harus diwaspada.

harimau malaya

Pengendali Datuk K.Rajagobal menyatakan yang malam ini akan ada perubahan besar pada kesebelasan utama skuad Harimau Malaya. Desas-desus mengatakan menjaga gol utama Khairul Fahmi Che Mat tidak akan diturunkan. Sebaliknya akan diganti dengan menjaga gol kedua iaitu Farizal Marlias.

Sementara itu penyerang Norshahrul Idlan Talaha pula belum dapat diputuskan samada akan beraksi pada malam ini atau tidak berikutan doktor mengesahkan yang telinga penyerang ini dijangkiti kuman.

Apakah strategi Harimau Malaya pada malam ini? Mampukah anak-anak buah K.Rajagobal bangkit untuk menghidupkan kembali laluan ke pusingan kedua?

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan diantara Malaysia vs Laos ini secara langsung di TV1 bermula 8:45 malam ini.

Bagi yang ingin menonton secara live streaming, sila klik link yang diberikan di bawah ini-

LINK 1

Di bawah adalah keputusan terkini perlawanan yang berlangsung.Untuk melihat keputusan terkini sila refresh blog ini beberapa minit berselang.

Malaysia 4 – 1 Laos

Safiq Rahim (14′)

Safee Sali (66′)

Wan Zack Haikal (76′)

Khyril Muhymeen (78′)

Savanh (38′)

(Tamat perlawanan)

Facebook Comments
Close