Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Sorok Kepala Isteri Dalam Peti Sejuk

VISTA – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh isterinya selepas polis melakukan serbuan, di rumah mangsa di Oceanside, California, Amerika Syarikat.

Frederick Hengl, 68, dituduh membunuh isterinya, Anna Faris, 73, ketika wanita itu sedang memasak.

Ketika pertuduhan dibacakan, pegawai pendakwa raya memaklumkan, kepala mangsa disimpan di dalam peti sejuk beku, manakala badan mangsa ditemui di tepi dapur dalam keadaan berulat dan busuk, dipercayai telah dibunuh sejak awal bulan lalu.

“Kejadian itu diketahui selepas jiran mangsa melaporkan kepada anggota polis terdapat bau busuk dari bilik tidur pasangan berkenaan sejak Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, anggota polis terpaksa memecahkan tingkap rumah banglo mangsa sebelum memasuki premis tersebut.

“Menurut pegawai penyiasat, terdapat tiga kuali mengandungi sebahagian anggota badan mangsa termasuk tangan dan kaki,” katanya. – AP

Facebook Comments
Close