Kes Tiga Polis Rogol Wanita Indonesia | Bendera Malaysia Di bakar Lagi

Gara-gara isu seorang warga Indonesia dirogol oleh tiga anggota polis di Bukit Mertajam, sekali lagi bendera kesayangan dan kebanggaan kita semua di bakar.

Kejadian berlaku berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara, di lakukan oleh 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

bakar bendera malaysia

Bendera Malaysia beberapa kali pernah dibakar oleh BENDERA

Mereka mendesak supaya kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu. Bahagianya kita dapat jiran macam ni kan. Tak puas hati, datang bakar langsir rumah kita. Tak puas hati lagi, datang bakar sofa rumah kita. Untung dapat jiran begini 😉

Dalam kes ini, Belalang pun marah dengan tiga polis yang terlibat. Bukan Belalang sahaja, malah Belalang yakin seluruh rakyat Malaysia juga mempunyai perasaan begitu. Dan rakyat Indonesia juga berhak berasa marah. Tapi tak perlulah bertindak keterlaluan begitu. Berilah ruang supaya pihak berkuasa negara kita PDRM menjalankan kerjanya.

Harapnya pihak berkuasa dapat menangani masalah dan kes ini dengan baik. Berikan hukuman yang setimpal sekitranya dakwaan itu benar dan memang rogol berlaku ke atas gadis tersebut.

Sekiranya pembaca mahu mengetahui hal ini dengan lebih lanjut, sila klik sini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close