Jadual Perlawanan AFF Suzuki 2012

Debaran AFF Suzuki 2012 dirasai oleh semua penyokong bola sepak Malaysia. Dengan sepak mula yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, mampukah Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan yang mereka rangkul pada edisi sebelum ini?

Bagi Belalang skuad negara mampu mengulangi kecemerlangan seperti yang mereka tunjukkan sebelum ini. Biar pun dikecam banyak pihak gara-gara kalah dalam dua perlawanan persahabatan baru-baru ini, namun Belalang tetap yakin barisan skuad Harimau Malaya bakal beraksi cemerlang pada perlawanan sebenar.

aff suzuki 2012

Di atas adalah kedudukan kumpulan bagi kumpulan A dan kumpulan B. Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan B bersama-sama Singapura, Indonesia dan Laos.

Manakala untuk Thailand, Vietnam, Filipina dan Myanmar berada bersama-sama dalam kumpulan A.

Di bawah adalah jadual lengkap kesemua perlawanan yang akan berlangsung sepanjang kempen AFF Suzuki 2012 yang akan bermula pada 27 November 2012.

 

aff suzuki 2012

aff suzuki 2012

aff suzuki 2012

Seperti yang dapat dilihat Harimau Malaya akan memulakan kempen untuk edisi kali ini dengan menentang pasukan Laos pada 28 November 2012, diikuti menentang Indonesia pada 1 Disember 2012 dan akhir sekali menentang Singapura pada 25 November 2012.

Jadual untuk pusingan seterusnya akan Belalang kongsikan selepas tamat pusingan peringkat kumpulan ini.

BANGUN HARIMAU BANGUN!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close