Highlight Malaysia 4 – 1 Laos 28 November 2012 | AFF 2012

Pasukan Malaysia mengotakan janji mereka untuk mengutip tiga mata penuh ketika turun menentang pasukan Laos pada malam ini dengan keputusan 4 – 1.

Seawal wisel pertama dibunyikan, anak-anak buah K.Rajagobal seperti dahagakan kemenangan apabila mengasak berkali-kali ke pintu gol Laos. Safee Sali beberapa mempunyai peluang percubaan. Namun gagal memecah ke buntuan gol.

video highlight malaysia vs laos 28 nov 2012

Sehinggalah gol pertama Malaysia diperolehi pada minit ke 17′ hasil daripada tendangan percuma yang cantik oleh Safiq Rahim. Namun diakhir-akhir perlawanan ke alpaan pertahanan memberikan Laos peluang untuk menjaringkan gol penyamaan.

Masuk ke babak kedua Harimau Malaya terus garang memburu gol. Hasilnya tiga gol lagi berjaya dijaringkan oleh Safee Sali, Khyril Muhymeen dan Wan Zack Haikal.

Pada pendapat Belalang pula kemenangan ini sememangnya bagus kerana selain menghidupkan peluang skuad negara untuk memburu tempat ke slot seterusnya, ia juga kembali menyuntik semangat kepada pemain-pemain juga peminat tanah air.

Cuba terdapat beberapa lagi kelemahan yang perlu diperbaiki bagi mengharungi perlawanan terakhir peringkat kumpulan iaitu menentang Indonesia.

Tahniah Belalang ucapkan kepada Harimau Malaya dan K.Rajagobal.

Video highlight penuh belum dapat Belalang perolehi. Jadi anda layan dahulu dengan video gol pendek-pendek ni ya. Nanti dah dapat Belalang updatekan 🙂

Facebook Comments

Comments are closed.

Close